SUNGAI PETANI: Anak ketiga calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sofan Feroza Md Yusof, 45, dilaporkan hilang ketika pergi ke padang permainan di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, jam 7 petang Selasa.
Menurut Sofan Feroza, anaknya Sofea Auni Adilah Sofan Feroza, 14, gagal dihubungi sejak petang dilaporkan hilang.
Menurutnya, anak bongsu dari tiga beradik itu sebelum ini tinggal bersamanya di Alor Setar bagaimanapun pergi ke rumah bekas isteri yang juga ibu anaknya berikutan cuti sekolah.
“Anak saya pergi ke rumah ibunya yang baru berpindah ke Sungai Petani.
"Saya dan bekas isteri sudah lama berpisah dan ketika cuti sekolah ini, Sofea Auni hendak tinggal bersama ibunya, Hasmawati Derani, 46, sebelum sekolah bermula.
"Pada hari kehilangannya dia memberitahu neneknya yang dia hendak ke padang permainan di taman perumahan itu namun tidak pulang ke rumah selepas itu.
"Saya dan ibunya cuba menghubungi telefon bimbitnya berkali-kali tetapi tidak berjawab malah cuba menghubungi kawan-kawannya tetapi mereka tidak tahu kehilangannya.
"Kami sekeluarga risaukan keselamatan Sofea Auni," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Sofan Feroza berkata, pada hari kejadian anaknya berpakaian baju sejuk dan seluar berwarna hitam.
Beliau berkata, sesiapa yang menemui anaknya boleh menghubunginya di talian 019-5007303.
"Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Sungai Petani pada Rabu mengenai kehilangan anak saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 29 2024
Sofea Auni Adilah Sofan Feroza, 14, gagal dihubungi sejak petang Selasa. - Foto Sofan Feroza
Laluan Monorel kini kembali beroperasi seperti biasa
Perkhidmatan Monorel yang sebelum ini tergendala akibat insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada Selasa, kini kembali beroperasi seperti sedia kala bermula jam 5 petang Rabu.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan oleh pihak bersama dengan pihak berkuasa tempatan telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan oleh pihak bersama dengan pihak berkuasa tempatan telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
[TERKINI] Situasi semasa keadaan Faisal Halim
Ridauddin Daud membawakan perkembangan semasa keadaan Faisal Halim yang mengalami kecederaan serius selepas disimbah asid dalam kejadian pada Ahad lalu.
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.
Kasino Forest City: Siasatan terhadap Bloomberg bukan atas arahan kerajaan - Fahmi
Siasatan yang dikenakan terhadap wartawan Bloomberg berhubung laporannya tentang penubuhan kasino di Forest City itu bukan atas arahan kerajaan, tegas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Laporan awal dijangka akan diterbit esok
Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya, bulan lalu akan diterbitkan esok.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membuat kenyataan mengenai perkara berkenaan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membuat kenyataan mengenai perkara berkenaan.
Kes Faisal Halim: Polis siasat, kenal pasti siapa Muhammad Imran Suresh
Polis sedang mengenal pasti pemilik media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh susulan kenyatannaya mengenai kejadian simbah asid membabitkan tonggak skuad Selangor FC, Faisal Halim.
Kajian UNICEF: Pendapatan isi rumah melonjak, kemiskinan masih ketara
Kemiskinan kekal tinggi pada 41 peratus pada Okt 2023, walaupun mencatat penurunan berbanding awal 2021.
Piala Sumbangsih: MFL tolak permohonan Selangor FC, jamin keselamatan dipertingkat
MFL berkata Polis Johor telah mengerahkan 1,500 anggota untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat.
'Keganasan bola sepak': Modus operandi serangan digunakan serupa - PDRM
Modus operandi yang digunakan dalam serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim adalah serupa.
Majlis Ulama Asia main peranan penting pupuk kesederhanaan - Ahmad Zahid
Majlis itu secara aktif menentang ideologi ekstremis, di samping memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.
Anak calon bebas PRU15 dilaporkan hilang
Anak ketiga bekas calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sofan Feroza Md Yusof dilaporkan hilang.